Siasat dakwaan individu tiada dalam senarai terima vaksin

Siasat dakwaan individu tiada dalam senarai terima vaksin

TANGKAP layar dakwaan individu tiada dalam senarai namun tetap menerima suntikan di sebuah PPV di Perak. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Kesihatan negeri sedang menyiasat dakwaan seorang doktor bertugas yang dikatakan menyelit nama individu penerima vaksin yang tiada dalam senarai untuk menerima suntikan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Awam) negeri, Dr. Ummi Kalthom Shamsudin berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara.

“(Dakwaan ini) dalam siasatan dan kami akan keluarkan kenyataan media berhubung kejadian tersebut.

“Kejadian itu kami sudah ambil maklum di PPV Teluk Intan dan kelihatan seperti orang fasa tiga yang masuk (menerima suntikan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam lawatan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.  

Terdahulu tular dalam laman Twitter ciapan seorang pengguna yang mendakwa terdapat seorang doktor menyelit nama penerima vaksin yang tiada dalam senarai di sebuah PPV di negeri ini.

Dakwanya, kejadian itu bukan kali pertama berlaku dan mempersoalkan ketelusan doktor berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya