'Si Kitul' mahu lihat kerajaan Melayu Islam tumbang - Utusan Malaysia

‘Si Kitul’ mahu lihat kerajaan Melayu Islam tumbang

KAMARUDIN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pas Melaka mendakwa bahawa ‘politik Si Kitul’ mutakhir ini menjelma kembali berikutan usaha memfitnah dan mengapi-apikan rakyat berjalan saban hari.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, isu prosedur operasi standard (SOP), ekonomi gagal, kerajaan tidak bantu rakyat, darurat menyusahkan dan Parlimen tidak bersidang merupakan sebahagian daripadanya.

Katanya, propaganda sedemikian langsung tidak bersandar kepada kebenaran, namun apa yang penting bagi mereka adalah untuk melihat kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu dan Islam ini tumbang.

“Si Kitul politik ini aktif tidak kira masa dan ketika. Walaupun negara sedang berdepan situasi getir.

“Masing-masing hendak tunjuk simpati nasib rakyat marhaen tanpa mengambil tanggungjawab bersama pertahankan negara dalam masa-masa kritikal.

“Persoalan saya, apa yang kamu untung jadi Si Kitul politik itu?,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan sejarah, Si Kitul merupakan individu yang dikatakan telah belot dengan membocorkan rahsia kerajaan Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis sehingga negeri ini dijajah pada tahun 1511.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya