Serangan gajah: Pagar elektrik dipasang di Hulu Kemaman - Utusan Malaysia

Serangan gajah: Pagar elektrik dipasang di Hulu Kemaman

AZMAN Ibrahim (kiri) meninjau tanaman penduduk yang diserang gajah liar di Kampung Ban Ho di Kemaman. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Isu pencerobohan gajah liar yang membelenggu lebih 200 pekebun di Hulu Kemaman di sini bakal diatasi dengan pemasangan pagar elektrik membabitkan kos sebanyak RM1.7 juta, pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pemasangan pagar berkenaan membabitkan dua kawasan iaitu di Kampung Ban Ho dan Kampung Air Putih.

Katanya, ketika ini kerajaan negeri sedang mengenal pasti kawasan jajaran untuk dipasang kemudahan tersebut.

“Di samping itu, kita akan menyalurkan saguhati menerusi Tabung Bencana Pertanian sebagai bantuan jangka pendek kepada pekebun terjejas.

“Pekebun yang terlibat boleh membuat permohonan dan diharapkan sagu hati berkenaan dapat meringankan beban mereka sekali gus memberi motivasi untuk mereka terus bertani,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kebun peserta rancangan tanah berkelompok (RTB) di Kampung Ban Ho hari ini.

Dr. Azman berkata, antara lokasi lain yang berdepan serangan gajah ialah di Kampung Pelong dan Kampung Langkap di Setiu.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan data Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dianggarkan populasi gajah liar di negeri ini adalah sebanyak 180 ekor.

“Pencerobohan kumpulan gajah liar bukan kerana ancaman habitat dan faktor penerokaan, tetapi kerana tanaman penduduk merupakan sumber makanan mudah bagi gajah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya