Sepanyol tak rela terus dikritik. mahu buktikan menentang Croatia

Sepanyol tak mahu terus dikritik

PEMAIN Sepanyol sibuk menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Croatia Selasa ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE: Sepanyol berharap ke­menangannya menentang Slo­vakia pada saingan akhir Kumpulan E Rabu lalu menjadi permulaan yang baik bagi mereka berentap dengan Croatia Selasa ini.

Pasukan kendalian Luis Enrique sebelum ini dikritik sele­pas gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan pertama menentang Sweden dan Poland. Malah mereka gagal meledak sebarang gol ketika lawan Sweden.

Bagaimanapun, pasukan dan penyokong dilihat kembali bersemangat apabila skuad La Roja berjaya bangkit membenam Slovakia 5-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium La Cartuja di Seville, Sepanyol untuk mara ke peringkat kalah mati.

Kemenangan itu menjadikan Sepanyol berada di kedudukan kedua di bawah Sweden dan akan berentap dengan Croatia di Stadium Nasional, Bucharest, Romania pukul 3 pagi.

Sementara itu, Croatia pula lewat dalam menentukan kedu­dukannya apabila mula meraih mata dalam dua perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D iaitu ketika seri 1-1 dengan Republic Czech dan menang 3-1 dengan Scotland sebelum maju ke pada kedudukan kedua di bawah England.

Bagaimanapun, pemain perta­­hanan Sepanyol, Cesar Az­pi­licueta agak khuatir dengan kecederaan yang dialami­nya, namun jika mampu beraksi, Enrique mungkin akan me­nge­kalkan pemain dan Ferran Torres serta Thiago Alcantara akan jadi pemain pengganti.

Sepanyol mungkin berasa lega apabila memecah kebun­tuan tanpa kemenangan keti­ka menentang Slovakia, tetapi kekusutan pasukannya ketika berada di hadapan gol mungkin berlarutan.

Itu termasuklah insiden se­pakan penalti penyerang, Alvaro Morata yang berjaya ditepis penjaga gol Slovakia, Martin Dúbravka dan dua gol ketika menentang pasukan itu juga adalah disebabkan kesilapan pemain Slovakia sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya