KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman, kira-kira pukul 3 pagi ini.
Pegawai Operasi Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Azhar Jaafar berkata, kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas berhampiran sebuah stesen minyak.
“Berdasarkan siasatan awal, pemandu tersebut tercampak keluar dan tersepit di bawah keretanya.
“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan ‘rescue tool’,
“Namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE