Seorang lagi staf bank direman  - Utusan Malaysia

Seorang lagi staf bank direman 

SEARAMAI tujuh individu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini bagi permohonan reman. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lagi kakitangan sebuah bank direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi pada 2018 hingga 2020. 

Majistret Parvin Hameedah Natchiar menetapkan perintah reman sehingga 21 Jun ini selepas permohohan dibuat pihak  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada pukul 4.05 petang semalam selepas diminta hadir memberi keterangan berhubung kes terbabit. 

Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan lanjutan reman empat hari bermula hari ini terhadap enam kakitangan bank yang ditahan SPRM minggu lalu. 

Enam individu berusia 36 hingga 45 tahun berkenaan sebelum ini direman tujuh hari bermula 9 Jun dan berakhir hari ini. 

Kesemua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon-pemohon pinjaman peribadi membabitkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta. 

Menurut sumber, wang rasuah itu adalah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan dari pemohon-pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

“Mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai kira-kira RM18 juta,” katanya.

Sumber memberitahu, pegawai dan kakitangan berkenaan bertugas di beberapa cawangan bank itu di sekitar Lembah Klang. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya