Semua cawangan TMG di Kuantan ditutup sementara - Utusan Malaysia

Semua cawangan TMG di Kuantan ditutup sementara

LENGANG dan kosong, tiada sebarang aktiviti urusniaga dilakukan di semua cawangan pasar raya TMG di seluruh daerah Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pasar raya Tunas Manja Group (TMG) memaklumkan penutupan sementara semua cawangan pasar rayanya di seluruh daerah ini bagi kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.

Pengurusan TMG dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu membabitkan semua cawangan TMG Mart, TMG Plus, TMG Express dan Warehouse.

“Semua cawangan ini ditutup bagi tujuan membersihkan semua kawasan pasar raya secara menyeluruh serta-merta.

“Ujian saringan Covid-19 turut dijalankan ke atas semua kakitangan dan langkah itu dilakukan demi keselamatan kakitangan dan orang awam yang berurusan dengan pihak TMG,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan kenyataan itu, pasar raya TMG akan kembali beroperasi dengan kebenaran Kementerian Kesihatan selepas keputusan saringan terhadap semua kakitangan adalah negatif dan semua cawangan telah dibasmi kuman sepenuhnya.

“Kami memberi jaminan semua cawangan akan beroperasi selepas segala langkah agresif dan proaktif diambil sekali gus mewujudkan situasi selamat kepada pengunjung, pembekal dan kakitangan.

“Pihak TMG meminta orang ramai agar tidak percaya pada khabar angin dan berita palsu yang menakutkan orang awam seperti mana tersebar di media sosial ketika ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya