Sedia mod pengangkutan sesuai bawa pekerja kuarantin, saring Covid-19  - Utusan Malaysia

Sedia mod pengangkutan sesuai bawa pekerja kuarantin, saring Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengingatkan semua majikan yang membawa para pekerja bagi tujuan saringan mahupun kuarantin agar menggunakan mod pengangkutan bersesuaian bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta orang awam. 

KSM menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum dan prihatin dengan kes tular sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif Covid-19 dalam kejadian di Sungai Petani, Kedah. 

“Kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melihat dan meneliti perkara tersebut. 

“Kes diteliti mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] bagi membendung penularan jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja terutama warga asing,” katanya hari ini. 

KSM turut menggesa majikan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja terutama dalam tempoh mencabar ini. 

“KSM sama sekali tidak akan berkompromi terhadap mana-mana majikan yang melanggar undang-undang,” jelasnya. 

Semalam, media melaporkan tindakan pihak pengurusan sebuah kilang pemprosesan ayam membawa 48 pekerjanya yang positif Covid-19 dan memakai gelang merah jambu menggunakan lori mengundang padah apabila kenderaan tersebut ditahan polis.

Lori tersebut dikesan dan ditahan  Polis Diraja Malaysia Kuala Muda berhampiran Sungai Lalang, Kuala Muda, Kedah. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya