‘Sayalah terpaksa masak’- Nazrief Nazri - Utusan Malaysia

‘Sayalah terpaksa masak’- Nazrief Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nazrief Nazri, 30, berpuas hati kerana dapat menyajikan air tangan buat isterinya, Aizatul Aqma Hamdan yang kini hamil lapan bulan.

Menurut pelakon Bidadari Salju itu, biarpun menu biasa-biasa saja tapi isterinya berulang kali meminta dia memasak lagi.

“Selalunya waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang isteri masak. Tapi hari ini dia macam tak berapa sihat. Jadi sayalah yang terpaksa masak untuk makan tengahari. Hendak kata pandai masak, tidaklah sangat. Biasa-biasa itu bolehlah. Isteri puji masakan sedap sampai tak cukup,” katanya.

Dalam hantaran video dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, Nazrief juga menitikberatkan kebersihan.

“Sebelum masak kita cuci pinggan terlebih dahulu. Barulah ada mood nak masak,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat telatah apabila suami masuk ke dapur.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya