'Saya pertahan UMNO bukan untuk kepentingan diri' - Utusan Malaysia

‘Saya pertahan UMNO bukan untuk kepentingan diri’

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau mempertahankan UMNO bukan atas kepentingan diri sendiri.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, ia demi jati diri UMNO supaya terus gemilang walaupun tugas tersebut bukan mudah.

“Jika untuk kepentingan diri pasti keadaannya berbeza selepas PRU-14. Kerana itu saya akan terus pertahankan UMNO.

“Tidak pernah jemu dan tidak akan sesekali berpaling. Genggam bara api biar sampai jadi arang.

“Dulu saya pertahankan demi masa depan UMNO tetap terbilang.  Hari ini saya pertahankan demi jati diri UMNO terus gemilang.

“Bukan tugas yang mudah, namun inilah kewajipan. Saya percaya pengorbanan ini bukan sia-sia,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid berkata, demi perjuangan parti itu, tiada masa untuk menoleh dan terus maju.

“Matlamat yang jujur dan ikhlas pasti diberkati Tuhan,” ujarnya.

Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO pada Jun 2018 bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga Jun 2021.

Dalam pemilihan ketika itu,  beliau memperoleh 93 undi bahagian menewaskan empat calon  lain termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya