Saya memang tak nak cakap - Tuju - Utusan Malaysia

Saya memang tak nak cakap – Tuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi rap popular, Tuju, 25, tetap dengan pendiriannya untuk tidak membuat sebarang kenyataan tambahan atau komen berlebihan mengenai program All Together Now Malaysia (ATNM) yang ditangguhkan siarannya di Astro Ria baru-baru ini.

Menurut penyanyi dengan nama sebenarnya, Muhammad Azree Shah Awang Zambri ini, dia tidak merasa perlu untuk dirinya memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara tersebut apalagi semuanya dianggap sudah selesai.

“Saya sebenarnya malas nak cakap. Minta maaf sebab saya memang memilih untuk berdiam diri.

“Semuanya sudah selesai dan sepanjang program itu dirakamkan juga Alhamdulillah semua berlangsung dengan selamat,”katanya.

Tuju berkata demikian semasa ditemui dalam sidang media pelancaran lagu Veto kerjasamanya bersama DJ CZA, Loca dan MK yang diadakan secara virtual semalam.

Selain itu, menurut Tuju, sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, dia juga sedia memberikan kerjasama baik dengan pihak penguatkuasa berhubung isu tersebut sekiranya perlu.

Tuju merupakan seorang daripada 50 juri rancangan tersebut yang difahamkan, merupakan sebuah program rakaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan oleh kerajaan pada awal tahun ini.

Dalam laporan media sebelum ini, difahamkan pihak polis akan memanggil 50 juri yang terlibat dalam ATNM ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dalam masa terdekat.
ANTM dihoskan oleh pengacara terkenal, Sherry Alhadad namun setelah satu episod ditayangkan baru-baru ini, ia bagaimanapun terpaksa dihentikan kerana didakwa telah melanggar SOP PKPP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya