Saringan bersasar pekerja industri punca peningkatan kes Covid-19 di NS - Utusan Malaysia

Saringan bersasar pekerja industri punca peningkatan kes Covid-19 di NS

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Peningkatan kes yang berlaku di Negeri Sembilan  hari ini adalah  kerana  saringan bersasar yang dilakukan majikan terhadap pekerja terutama dalam sektor perindustrian serta saringan kontak rapat dan saringan bergejala.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, daripada 1,086 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan di negeri ini hari ini, sebanyak 36 peratus adalah daripada kluster, 41 peratus adalah kontak rapat dan 23 peratus adalah sporadik.

“Bagi kes-kes di bawah kluster, terdapat 78 peratus melibatkan pekerja di sektor perindustrian, 13 peratus melibatkan pusat jagaan khas dan sembilan peratus melibatkan komuniti. Sebanyak 53 peratus daripada kes sporadik adalah melibatkan saringan pekerjaan atau saringan bergejala terhadap pekerja yang terlibat di dalam sektor perindustrian.

“Peningkatan kes pada hari ini adalah hasil daripada saringan bersasar yang dilakukan oleh majikan terhadap kebanyakan pekerja, terutama daripada sektor perindustrian di daerah Seremban. Peningkatan kes ini juga adalah hasil saringan kontak rapat yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 1,086 Kes baharu positif Covid-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

Jumlah itu menjadikan negeri ini menjadi negeri kedua tertinggi mencatatkan kes baharu positif Covid-19 selepas Selangor yang merekodkan sebanyak 1,858 kes daripada keseluruhan 5,738 kes positif Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Sementara itu, Aminuddin menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Kawalan pergerakan kendiri ini boleh dilakukan dengan duduk sahaja di rumah, tidak keluar dari rumah jika tiada keperluan penting dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama sekiranya perlu keluar rumah atas apa-apa urusan penting,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya