Sanitasi awam perlu bersasar terhadap kawasan dalam bangunan tertutup

Sanitasi awam perlu bersasar

SANITASI awam perlukan dilakukan secara bersasar terutama kawasan yang tertutup dengan pengudaraan yang kurang baik bagi mengelakkan pembaziran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerja-kerja sa­nitasi awam jika ingin dilakukan perlu secara bersasar terutama kawasan yang tertutup dengan pengudaraan yang kurang baik bagi mengelakkan pembaziran.

Ia sebagaimana yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menya­rankan supaya sanitasi perlu bersasar terhadap kawasan dalam bangunan tertutup seper­ti tandas dan sinki, perabot dan alatan bangunan, kaunter, pemegang tangga, lantai serta dinding termasuk bangunan yang dikunjungi oleh orang ramai seperti pusat komuniti, pasar, sistem pengangkutan dan komersial.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, kajian men­dapati dengan pencahayaan matahari yang cukup di luar ba­ngunan, ia mampu membunuh virus Covid-19 da­lam jangkamasa 20 minit pen­dedahan.

“Lagi pun tiada guna sanitasi dijalankan di kawasan yang terbuka dan mendapat cahaya matahari kerana virus Covid-19 didapati kurang jumlahnya dan akan cepat mati jika berada di kawasan seperti itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Pada masa yang sama pene­rangan secara terperinci perlu disampaikan kepada orang ramai berhubung proses sanitasi di kawasan awam selepas ba­nyak pihak menyifatkan langkah tersebut sebagai satu pembaziran.

Malah, persoalan turut timbul tentang keberkesanan sanitasi awam bagi mengekang penularan Covid-19 terutama membabitkan varian baharu seperti Alpha, Beta, Gamma dan Delta.

Persatuan Perubatan Malay­sia (MMA), Datuk Dr. M Subramaniam berkata, kajian terbaharu menunjukkan virus SARS-CoV-2 disebarkan mene­rusi udara dan pembasmian kuman secara besar-besaran di kawasan awam dalam mencegah penyebaran penyakit ini masih meninggalkan pelbagai perta­nyaan keberkesanannya.

Sehubungan itu katanya, ada­lah wajar proses sanitasi di tempat awam dihentikan dan memberi fokus kepada perkara lain yang lebih memberi manfaat terutama pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan perolehan peralatan lebih kritikal.

“Adakah sanitasi di kawasan awam dan terbuka ini terbukti berkesan mengekang penularan wabak Covid-19?

“Lebih baik kerajaan memberi fokus kepada perkara lain sebagaimana dinyatakan beberapa pakar sebelum ini,” katanya.

Beberapa pakar termasuk Ahli Majlis Sains WHO, Profesor Datuk Dr. Adeeba Ka­marulzaman menyifatkan operasi sanitasi secara besar-besaran satu langkah pembaziran.

Namun, Setiausaha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad berkata, langkah tersebut diambil sebagai jaminan kepada rakyat bagi meminimumkan ri­siko jangkitan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya