Sampai bila nak pijak perempuan? – Naim Daniel - Utusan Malaysia

Sampai bila nak pijak perempuan? – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel rasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan dengan kenyataan pakar motivasi popular yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Naim dengan tegas bertanyakan kepada para lelaki di luar sana sampai bila mereka ingin meletakkan wanita kepada satu kedudukan yang sama sahaja.

“Sampai bila anda semua nak pijak perempuan untuk meletakkan itu sahaja kedudukan mereka?

“Kenapa tidak lelaki yang menganggap perkara tersebut sebagai satu persaingan sihat iaitu sama-sama menuju ke arah yang baik untuk memperbaiki diri sendiri.

“Itu adalah tanggungjawab kita untuk menyokong wanita dalam apa sahaja untuk mengejar cita-cita yang boleh menaikkan daya keyakinan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Naim turut menyifatkan lelaki tidak seharusnya rasa tidak terjamin terhadap seseorang wanita.

“Saya suka wanita yang bekerjaya dan suka mencari ilmu. Perkara itu sebenarnya meningkatkan moral kita bukan sebagai lelaki atau perempuan, tetapi sebagai manusia itu sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila kenyataan pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, yang seolah-olah merendah-rendahkan martabat wanita bekerjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya