SAINT PETERSBURG: Rusia dilihat mempunyai peluang untuk meraih tiga mata lagi dalam saingan peringkat Kumpulan B menentang Denmark awal Isnin ini di Stadium Parken, Copenhagen.
Lebih menarik Rusia berjaya menewaskan Finland 1-0 pada aksi kedua mereka dalam kumpulan itu awal pagi tadi optimis untuk meraih tiga mata lagi dengan membenam Denmark yang tewas dengan Finland 0-1.
Dalam pada itu, pemain tengah Rusia, Aleksei Mirancuk menegaskan cara meledak gol itu tidak penting, yang mustahak adalah memastikan kemenangan, itu adalah tugasan utama bagi pasukan.
Semalam, Miranchuk meledak gol selepas bermain satu-dua dengan ketua pasukan, Artem Dzyuba dalam petak penalti Finland semalam untuk memastikan kemenangan pertama Rusia dalam saingan Kumpulan B di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg.
“Betul, saya jaringkan gol, tetapi itu tak penting. Yang penting dengan kemenangan pasukan, kami sudah menyempurnakan tugas dengan meraih tiga mata diperlukan. Dari situ sekarang kita akan bangkit.
“Ketika ini, kemenangan paling penting. Kami menyempurnakan tugas dan teruskan bermain. Adakah kami terlepas banyak peluang (untuk jaringkan gol)? Itulah bola. Yang penting kami mencipta peluang itu,” katanya.
Dalam perlawanan dengan Finland, Miranchuk memanfaat hantaran daripada pemain tengah, Magomed Ozdoev untuk memastikan kemenangan Rusia selepas gagal meraih sebarang mata ketika menentang Belgium.
Kemenangan ke atas Denmark akan memberi peluang kepada Rusia untuk bersama Belgium mara ke peringkat kalah mati.
Sebelum ini Rusia ditundukkan 0-3 oleh Belgium pada Sabtu lalu di Saint Krestovsky. – AGENSI