Ronaldo kecewa, pemain menangis di bilik persalinan

Ronaldo kecewa, pemain menangis di bilik persalinan

CRISTIANO Ronaldo tunduk kecewa sambil menghempas lilitan kapten selepas kecundang 0-1 kepada Belgium. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JURULATIH Portugal, Fernando Santos mengatakan para pema­innya menangis di bilik persalinan ekoran kekalahan 1-0 kepada Belgium semalam.

Rembatan kencang Thorgan Hazard dari jarak 30 ela membuktikan kejaguhan Belgium di Seville, sekali gus menunjukkan ‘jalan pulang’ buat Portugal.

Biarpun penyerang berbisa Cris­tiano Ronaldo, Diogo Jota dan pemain pertahanan Portugal membuat banyak percubaan tepat ke gawang gol lawan, namun penjaga gol, Thibaut Courtois menjadi penyelamat Belgium.

“Saya fikir ia adalah keputusan yang tidak adil tetapi mereka menjaringkan gol dan kami tidak. Kami mempunyai 29 tembakan dan beberapa daripadanya tepat pada sasaran. Bagaimanapun kami tidak dapat menjaringkan satu gol pun.

“Semua pemain sudah mencuba yang terbaik tetapi itulah bola sepak.

“Kami sangat kecewa, kami fikir kami dapat memenangi kejohanan ini lagi selepas 2016. Sebilangan pemain saya mena­ngis di ruang persalinan. Semua pemain dan penyokong harus bangga dengan apa yang Portugal lakukan hari ini,” kata Santos selepas perlawanan.

Kekalahan Portugal ini juga memaksa penyerang Juventus pulang dengan lima gol dalam kejohanan dan tanpa meme­cahkan rekod gol antarabangsa sepanjang masa. Ronaldo kekal 109 gol bersama Ali Daei dari Iran.

Sebaik sahaja wisel penamat ditiup oleh pengadil dari Jerman, Felix Brych, Ronaldo dilihat begitu emosional – melucutkan lilitan kaptennya dan menghempas ke padang kerana kecewa.

“Dia menjaringkan lima gol dalam kejohanan dan okey, dia tidak menjaringkan gol hari ini tetapi dia adalah kapten sejati. Tidak ada masalah dengan Ro­naldo,” tambah Santos lagi.

Sepanjang perlawanan itu, setiap sentuhan Ronaldo dicemuh oleh peminat Belgium dan menerima sorakan sebaik sahaja rebah selepas diasak pemain pertahanan Borussia Dortmund, Thomas Meunier. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya