‘Roket’ T. Hazard musnahkan impian Portugal kekal kejuaraan

‘Roket’ T. Hazard musnahkan impian Portugal kekalkan kejuaraan

PEMAIN tengah Belgium, Thorgan Hazard (depan) meraikan gol jaringannya ketika menentang Portugal di Stadium La Cartuja, Seville, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBATAN persis ‘roket’ Thorgan Hazard dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Rui Patricio pada minit ke-41 permainan memusnahkan impian juara bertahan Portugal untuk mengekalkan kejuaraan Euro miliknya pada 2016.

Kemenangan bermakna Belgium itu menepati ramalan pe­minat pasukan nombor satu dunia itu ke suku akhir bertemu Itali yang lebih awal me­nempah tiket suku akhir selepas menumpaskan Austria 2-1 pada Ahad lalu.

Perlawanan ternyata sengit sebaik sahaja pengadil Felix Brych dari Jerman meniup wisel sepak mula. Pada minit ke-24, penye­rang berbisa, Cristiano Ronaldo cuba meletakkan Portugal di hadapan melalui sepakan percuma di luar kotak penalti namun rembatannya di­selamatkan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Ronaldo menguji kehebatan Courtois yang menepis bola rembatan kencangnya pada babak pertama itu dan kegagalan pemain berusia 36 tahun itu menja­ringkan gol menafikan hasratnya untuk memecahkan rekod gol antarabangsa atau menambah lima golnya untuk kejohanan itu.

Selain T. Hazard, Courtois juga dianggap wira Belgium apabila turut menyelamatkan 29 rembatan pemain Portugal yang mana enam daripadanya menepati sasaran namun gagal menembusi gawang.

Portugal berpeluang menya­makan gol melalui tandukan pemain pertahanan, Ruben Dias hasil sepakan sudut pada minit ke-81 namun berjaya diselamatkan Courtois dan juga rembatan deras Raphael Guerreiro pada minit ke-82 tetapi bola terkena tiang.

Jurulatih Belgium, Roberto Mar­tinez mengakui, Belgium ada­lah pasukan yang lebih berani, lebih lancar dengan semangat juang pasukan yang tinggi dan mampu untuk bertahan.

“Kami menunjukkan bakat kami pada babak pertama dan pada babak kedua kami menunjukkan aspek yang tidak ada dua atau tiga tahun yang lalu. Inilah yang diperlukan oleh pasukan pemenang,” kata jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

Selepas kemenangan Belgium itu, nama adik lelaki Eden Ha­zard, T. Hazard mula meniti dibibir peminat dan bakat pemain sayap Borussia Dortmund itu memang pernah diakui E. Hazard mempunyai bakat lebih daripada dia.

“Dalam permainan ini jika anda mempunyai peluang, anda harus mencuba. Ia masuk, de­ngan sedikit keberuntungan dan tujuan itulah yang membuat kami berhasil. Ini adalah impian bagi saya,” kata T. Hazard. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya