'Rockers' dalang sindiket terbesar pemalsuan dokumen kerajaan tumpas - Utusan Malaysia

‘Rockers’ dalang sindiket terbesar pemalsuan dokumen kerajaan tumpas

KHAIRUL Dzaimee Daud (tengah) melihat sebahagian peralatan yang dirampas Jabatan Imigresen untuk aktiviti pemalsuan dokumen ketika mengadakan sidang akhbar di Putrajaya. - UTUSAN/SUBKHI SUDARJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen membongkar rangkaian sindiket terbesar pemalsuan pelbagai dokumen kerajaan didalangi lelaki warganegara Myanmar berusia 38 tahun dalam satu operasi khas yang dijalankan di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menemukan pelbagai dokumen palsu termasuk pasport Myanmar, sijil perkahwinan, pelekat pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta pelbagai peralatan memproses dokumen palsu dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Bandar Tasik Selatan.

Beliau berkata, turut dirampas wang tunai bernilai RM15,300, sebuah kereta jenis Honda dan sebuah motosikal jenis Yamaha milik suspek.

“Suspek dikenali sebagai Rockers masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial jangka panjang dalam sektor perkhidmatan sebelum berkahwin dengan wanita warga tempatan berusia 30 tahun.

“Dia mula menjalankan aktiviti pemalsuan dokumen sejak tiga tahun lalu dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sebanyak RM18,000 sebulan hasil jualan dokumen terbabit ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya