'Ratu Elizabeth II macam ibu saya' - Biden - Utusan Malaysia

‘Ratu Elizabeth II macam ibu saya’ – Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyifatkan keperibadian Ratu Elizabeth II membuatkan beliau teringat ibunya selepas sesi santapan petang di Istana Windsor.

Biden bersama isterinya, Jill Biden mengunjungi kediaman diraja di Berkshire di Marine One selepas menghadiri persidangan negara G7 di Cornwall.

Sebelum meninggalkan United Kingdom, Biden, 78, berkongsikan perbualannya dengan ratu berusia 95 tahun serta memaklumkan memberikan undangan kepada Elizabeth ke White House.

“Kami bersembang sangat lama. Beliau sangat pemurah dan mengingatkan kepada ibu saya daripada segi rupa paras dan keperibadiannya.

“Beliau sangat baik budi pekertinya,” katanya.

Biden merupakan pemimpin AS ke-13 mengadakan kunjungan hormat terhadap kerabat diraja itu. AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya