LONDON: Seorang bayi lelaki yang mempunyai rambut lebat berwarna perang disamakan dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.
Malah, rambut bayi yang dinamakan David itu menjadi bahan bualan para petugas perubatan di hospital selepas dia dilahirkan pada 1 Mac lalu.
Ibunya, Tatiana Doronina dan suami, Ruslan menyangka bayi mereka akan mempunyai rambut berwarna hitam seperti mereka.
“Kami agak trkejut melihat rambutnya lebat dan berwarna perang selepas dilahirkan.
“Kini, David seperti selebriti, sesiapa sahaja akan datang untuk melihat David secara dekat dan menyentuh rambutnya,” kata Tatiana.
Jelas Tatiana, anaknya mula mendapat jolokan ‘mini Boris’ selepas rambutnya semakin panjang.
Suaminya pernah mencadangkan David dinamakan sempena Jonhson, namun idea itu ditolak Tatiana.