Ramai ditahan cuba rentas kawasan - Utusan Malaysia

Ramai ditahan cuba rentas kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam merekodkan 761 individu ditahan dengan 741 daripadanya dikompaun manakala 19 lagi direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi ialah merentas kawasan dan makan di premis dengan 197 kes diikuti tidak memakai pelitup muka sebanyak 152 kes.

“Ia disusuli kesalahan lazim iaitu gagal merekod butiran (127), tiada penjarakan fizikal (100), membawa penumpang secara berlebihan (62), tidak patuh arahan PKP (61) dan lain-lain (62).

“Seramai 14 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan enam kenderaan darat dirampas melalui Operasi Benteng selain sebanyak 165 bot atau kapal yang dicurigai turut dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui lapan aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seramai 349 individu yang tiba di tanah air semalam diarahkan menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula memantau 11 jenis bekalan barangan di 569 peruncit, 163 pemborong dan 32 pengilang selain melakukan sejumlah 1,582 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya 17 premis yang dikenakan kompaun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya