Rakyat laungkan 'Tutup Kilang' - Utusan Malaysia

Rakyat laungkan ‘Tutup Kilang’

TANGKAP layar laman Facebook Kementerian Kesihatan yang dihujani perkataan 'Tutup Kilang'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan kes harian Covid-19 yang masih belum menampakkan penurunan ketara, biarpun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Kementerian Kesihatan yang menjadi ‘jurubicara’ menyiarkan laporan harian kes pandemik itu ‘diserang’ perkataan ‘Tutup Kilang’.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, tanda pagar #tutupkilang juga menjadi perkataan digunakan netizen ketika membuat komentar di laman Facebook kementerian itu.

Suara marah rakyat itu melihatkan kepada kes harian yang masih melepasi jumlah 5,000 selain kluster kilang yang dikatakan menjadi punca kepada semuanya ini.

“Tutup semua kilang la, buat betul-betul total lockdown baru kes turun”. Itu antara yang diperkatakan rata-rata netizen, memandangkan terdapat ura-ura PKP 3.0 serta sekatan pergerakan penuh akan dilanjutkan, termasuk ‘menyentuh’ kepada sambutan Aidiladha.

Ada juga yang menyuruh netizen ‘menyerang’ Facebook sebuah kementerian memandangkan Kementerian Kesihatan tiada kuasa menutup kilang.

Dalam perincian kluster baharu yang dicatatkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan, ia terdiri daripada Kluster Jalan Usaha Jaya melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kluster Industri Tanjung Suria di Selangor juga melibatkan pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung, Sepang.

Kluster Industri Serkam 2 juga melibatkan sektor perkilangan selain Kluster Perindustrian Bakri Satu dan Klusteri PLO Jalan Perak.

Seorang netizen menulis: “Tutup kilang, kalau tak, PKP sampai 10 tahun lagi pun tak habis-habis”.

Dengan PKP yang mungkin dilanjutkan, banyak sektor perniagaan yang ‘nyawa-nyawa ikan’ termasuk ada yang sudah bungkus, menurut laporan-laporan akhbar tentang nasib peniaga, kedai gunting rambut, industri pelancongan dan pasar malam.

Memetik kata-kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook dengan sekeping gambar pemandu teksi yang letih menunggu, tiada pelanggan, ‘rakyat hidup sengsara dalam “total” lockdown ini.

Itulah, banyak sektor sedang ‘menitiskan air mata’ untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ini seharusnya menjadi pertimbangan tahap tinggi yang perlu difikirkan kerajaan, rakyat sudah bosan dengan laporan harian kes jangkitan Covid-19, kluster kilang atau tempat kerja masih ‘tumbuh’ setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya