Pusat jagaan anak yatim jual ikan tampung operasi - Utusan Malaysia

Pusat jagaan anak yatim jual ikan tampung operasi

MOHD. Zatullah Kamaruddin menyediakan ikan yang ditempah oleh pelanggan di hadapan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina, Taman Satria, Senawang, Seremban.- UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi menampung kos operasi, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina, Taman Satria, Senawang dekat sini mengambil inisiatif dengan menjual ikan-ikan segar.

Pengasas pusat jagaan tersebut, Mohd. Zatullah Kamarudin berkata, dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan orang ramai terjejas pendapatan, pihaknya juga harus berfikir secara kreatif untuk mencari dana.

Katanya, aktiviti jualan seperti itu secara tidak langsung memberi aliran wang tunai masuk sekali gus tidak terlalu bergantung kepada bantuan sumbangan semata-mata.

“Pada awalnya kami rancang memulakan jualan pada pukul 9 pagi tetapi orang ramai sudah menunggu seawal pukul 8 pagi di depan pusat jagaan ini.

“Antara ikan yang kami jual adalah cencaru, pelaling dan tongkol. Sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama penduduk sekitar Senawang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, usaha menjual ikan segar itu juga dengan objektif dapat memudahkan penduduk di kawasan berhampiran dapat membeli ikan tanpa beratur panjang di pasar raya.

“Kami juga menggalakkan konsep pandu lalu tetapi jika waktu tidak ramai orang pelanggan boleh memilih ikan seperti biasa. Ramai pelanggan sudah membuat tempahan awal jadi mereka datang untuk mengambil ikan yang ditempah dan buat bayaran sahaja,” tambahnya.

Jelas Mohd. Zatullah, pihaknya turut menawarkan ikan percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya