PSG sekat Neymar, Mbappe beraksi dalam Olimpik

PSG sekat Neymar, Mbappe ke Olimpik

NEYMAR dan Mbappe mungkin tidak akan mewakili negara masing-masing apabila PSG enggan melepaskan mereka ke Tokyo. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan enggan melepaskan Neymar, Kylian Mbappe dan tiga lagi tonggak mereka untuk menyertai Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Menurut ESPN, PSG tidak membenarkan mereka menyer­tai negara masing-masing ke Tokyo kerana mahu kesemua tonggak itu bersama kelab ter­sebut menjelang kempen baharu yang akan bermula Ogos depan.

Selain Neymar, 29, dan Mbappe, 22, empat lagi tonggak PSG adalah Marquinhos dari Brazil, selain dua pemain Jerman, Julian Draxler serta Thilo Kehrer.

Memandangkan Sukan Olim­­pik tiada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), PSG mempunyai hak untuk membenarkan mereka menyertai temasya itu atau sebaliknya.

Dengan Euro dan Copa Ame­rica kini sedang berjalan, PSG khuatir kelima-lima pemain tersebut akan letih jika terus menyertai Olimpik, sekali gus menjejaskan persediaan mereka menjelang mu­sim baharu.

Bagaimanapun bintang PSG, Neymar dijangka berminat untuk bersaing di Tok­yo selepas membantu Brazil memenangi pingat emas pertama mereka di Olimpik pada 2016.

Mbappe turut dijangka me­ngikuti jejak langkah Neymar untuk membawa pulang emas Olimpik dalam penampilan sulungnya di temasya tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya