PRU-15: Semua perlu bersabar - Utusan Malaysia

PRU-15: Semua perlu bersabar

RUSMAN KEMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mana-mana pihak yang mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan  segera diminta bersabar dan menunggu sehingga pandemik Covid-19 terkawal serta negara berada dalam keadaan selamat sebelum dilangsungkan.

Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin berkata, tempoh ketika ini belum sesuai sekiranya PRU-15 hendak dilakukan kerana masih berisiko tinggi.

“Tidakkah insiden buruk yang berlaku depan mata kita ini boleh dijadikan pengajaran oleh pihak yang ‘kemaruk kuasa’ yang terdesak meminta pilihan raya segera diadakan untuk bersabar dahulu.

“Tunggu dahulu sehingga keadaan benar-benar pulih baru diadakan pilihanraya. Cuba kita bayangkan apa yang akan terjadi jika dalam tempoh terdekat ini pilihan raya umum diadakan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beberapa pihak sebelum ini mendesak kerajaan agar pilihan raya umum diadakan termasuklah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memberi alasan agar mandat kepada rakyat dikembalikan.

Rusman turut memberitahu, kesemua pihak perlu mengambil pelajaran bagaimana gelombang baharu pandemik Covid-19 tercetus selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya