Program Subsidi Upah 3.0 dilanjut kepada 31 Julai 2021 

Program Subsidi Upah 3.0 dilanjut kepada 31 Julai 2021 

MOHAMMED AZMAN AZIZ MOHAMMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melanjutkan tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah (PSU) dari 30 Jun ini kepada 31 Julai depan. 

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, subsidi berkenaan akan dipanjangkan secara automatik kepada majikan yang telah memohon di bawah PSI 3.0. 

“Mereka hanya perlu mengemas kini senarai pekerja sebelum 15 hari bulan pada bulan berkenaan. 

“Bagi majikan yang telah memohon PSU 1.0 atau PSU 2.0 tetapi tidak untuk PSU 3.0, mereka perlu membuat permohonan baharu di bawah PSU 3.0,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Semalam Muhyiddin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan berjumlah RM40 bilion termasuk pemberian moratorium selama tiga bulan dan antara lain inisiatifnya adalah  melanjutkan PSU di bawah Perkeso selama satu bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan. 

PSU kali ini melibatkan RM1.5 bilion kos sekali gus memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja dan 200,000 majikan. 

PSU pertama kali dilancarkan pada 1 April 2020 merangkumi bantuan kewangan selama enam bulan dan dilanjutkan selama tiga bulan di bawah PSU 2.0 kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah. 

Untuk rekod, sehingga 30 Mei lalu, Perkeso telah meluluskan sebanyak 330,586 permohonan daripada majikan yang memberi manfaat kepada 2.72 juta pekerja dengan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM15.04 bilion. 

Dalam pada itu, Mohammed Azman berkata, Perkeso juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh pemberian program PSU selama sebulan lagi untuk semua sektor ekonomi yang terkesan akibat pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa hari ini. 

“Perkeso percaya lanjutan program ini akan dapat membantu mengurangkan risiko kehilangan pekerjaan atau mata pencarian kepada para pekerja yang majikan mereka terjejas akibat penutupan kebanyakan sektor ekonomi. 

“Ia juga bukti keprihatinan kerajaan yang mendengar dan memahami cabaran serta kesukaran dihadapi golongan majikan yang akan memberi kesan secara langsung kepada pekerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya