Presiden POKB meninggal dunia  - Utusan Malaysia

Presiden POKB meninggal dunia 

ALLAHYARHAM SHEIKH AHMAD DUSUKI SHEIKH MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad, 62, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.58 pagi selepas empat hari dirawat di HUSM kerana menghidap penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mengalami kerosakan hati.

Menurut anaknya, Mohd. Faiz Adni, Allahyarham Sheikh Ahmad Dusuki disahkan menghidap penyakit jantung sejak 2018 dan sering mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II  (HRPZ II).

“Sebelum ini, kesihatan arwah semakin merosot dan dimasukkan ke Hospital Perdana selama 14 hari. Isnin lalu, bapa dihantar menerima rawatan lanjut di HUSM Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham Sheikh Ahmad Dusuki menghembuskan nafas terakhir di pangkuan isteri, Datin Rozini Shukri, 58.

Pasangan Sheikh Ahmad Dusuki dan Rozini mempunyai tujuh anak serta 11 cucu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bunut Payong,  di sini bersebelahan dengan pusara arwah ibunya selepas solat Asar.

Ketika hayatnya, Sheikh Ahmad Dusuki menerusi POKB adalah seorang pemimpin yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan membantu penduduk di Kelantan serta perantau anak Kelantan yang berada di negeri-negeri lain. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya