PPj anjur program doa selamat, bacaan Yasin esok secara maya - Utusan Malaysia

PPj anjur program doa selamat, bacaan Yasin esok secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA ‘ Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat & Tadabbur Surah Yasin Peringkat Putrajaya secara maya, selepas solat Maghrib esok.

Pengarah (Komunikasi Korporat) PPj Tengku Aina Tengku Ismail Shah berkata, program itu dikendalikan Kumpulan Pegawai Muda PPj dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan masjid-masjid serta surau-surau di Putrajaya.

Beliau berkata, program julung kali itu diadakan bertujuan memohon perlindungan Allah S.W.T agar Malaysia serta Putrajaya segera pulih dari musibah pandemik Covid-19.

“Di samping itu, majlis ini turut mendoakan kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan fizikal dan mental serta diberi kekuatan kepada barisan hadapan yang kini sedang berjuang mendepani pandemik seterusnya kesembuhan pesakit Covid-19.

“Bacaan yasin dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim di Kompleks Islam Putrajaya dan akan dibaca serentak di Masjid Putra Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Mahmoodiah Putrajaya, Masjid Negara Kuala Lumpur.

“Program ini juga dijalankan serentak serta surau-surau di Putrajaya bermula 7.45 malam dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook agensi,” katanya.

Katanya, turut serta pada majlis ini adalah Presiden PPj, Datuk Muhammad AzmiMohd Zain; Imam besar Masjid Negara Kuala Lumpur, Ehsan Mohd Hosni; Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Nor Azamir Alias, Naib-naib Presiden PPj, pegawai kanan Jakim serta Jawi dan Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya