Polis Terengganu guna dron kesan suhu badan - Utusan Malaysia

Polis Terengganu guna dron kesan suhu badan

ROHAIMI Md. Isa (tengah) melihat penggunaan teknologi dron ketika meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menggunakan dron bagi mengesan individu yang bergejala Covid-19 di tempat tumpuan ramai di sekitar bandar raya ini, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, penggunaan teknologi itu mampu membantu pihak berkuasa mengesan suhu badan individu yang melebihi 37.5 darjah Celsius dari jarak 20 meter di udara.

Katanya, dron turut digunakan semasa PKP 1.0 lalu bagi menguar-uarkan kepada orang ramai mengenai penjagaan prosedur operasi standard (SOP).

“Pemantauan membabitkan lokasi tumpuan orang ramai seperti di Pasar Payang 2 dan berdasarkan maklumat diperoleh pasukan kita kemudian akan ke lapangan bagi mengesan mereka yang bergejala.

“Kita sudah menggunakan dron ini sejak tiga hari lalu,” katanya dalam sidang akhbar di sekatan jalan raya (SJR) di Jambatan Sultan Mahmud di sini hari ini.

Sementara itu, Rohaimi berkata, tahap pematuhan SOP PKP oleh rakyat negeri ini cukup baik dengan kadar 96 peratus sepanjang enam hari sekatan pergerakan penuh dilaksanakan.

“Ini suatu yang membanggakan dan diharap rakyat Terengganu terus mengamalkan SOP ditetapkan. Malah, bilangan kenderaan memasuki negeri ini di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) juga turut berkurangan 75 peratus,” katanya.

Menurut Rohaimi, pihaknya menerima 5,756 permohonan rentas daerah dan negeri sejak 31 Mei lalu hingga semalam dengan 216 daripadanya ditolak kerana alasan tidak munasabah termasuk tiada dokumen sokongan dan menyalahgunakan pas kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya