Polis tawar diskaun 50 peratus saman trafik - Utusan Malaysia

Polis tawar diskaun 50 peratus saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Orang ramai yang mempunyai saman-saman terpilih yang akan dikompaun termasuk berada di dalam senarai hitam ditawarkam diskaun sehingga 50 peratus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tawaran pengurangan saman berkenaan bagaimanapun tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://[email protected], muat turun aplikasi google playstore, Apple Playstore dan Huawei Gallery.

Kata beliau, aplikasi Mybayar Saman  dipertingkat bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.

“Semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sepanjang kempen itu berlangsung.

“Mybayar Saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat dan diharap pengurangan kompaun saman ini dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya