Polis Shah Alam keluar 442 kompaun langgar SOP PKP

Polis Shah Alam keluar 442 kompaun langgar SOP PKP

BAHARUDIN Mat Taib beramah mesra bersama penumpang menaiki keretapi komuter menghala ke Padang Jawa sewaktu tinjauan SOP PKP 3.0 pada pengangkutan awam di Komuter Seksyen 19, Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Shah Alam telah mengeluarkan sebanyak 442 kompaun berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kompaun tersebut dikeluarkan atas kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka, tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera, membawa lebih dua penumpang di dalam kereta dan lain-lain lagi.

“Anggota polis akan sentiasa membuat pemeriksaan di tempat tumpuan awam dan premis bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tidak ada sesiapa yang akan diberi pengecualian sekiranya didapati melanggar SOP,” katanya selepas menghadiri Program Pematuhan SOP PKP 3.0 Fasa Pertama di Stesen Komuter Seksyen 19, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 1,107 kompaun telah dikeluarkan pihak berkuasa di seluruh negara pada Ahad lalu.

Menurutnya, kompaun yang paling tinggi dikeluarkan adalah kesalahan gagal melakukan penjarakan sosial iaitu sebanyak 267 kompaun.

Sementara itu, Baharudin berkata, dia berpuas hati dengan pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam memastikan semua penumpang dapat melakukan penjarakan sosial semasa di dalam tren.

“Saya dimaklumkan bahawa bilangan penumpang sekarang ini sekitar lima hingga 10 peratus daripada jumlah penumpang yang menaiki tren sebelum ini.

“Ini menunjukkan masyarakat semakin peka dengan pelaksanaan PKP iaitu hanya keluar untuk pergi ke tempat kerja atau apabila perlu sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya