Polis buru 2 wanita curi barang kemas Korea - Utusan Malaysia

Polis buru 2 wanita curi barang kemas Korea

TANGKAP layar yang memaparkan tindakan dua wanita yang didakwa mencuri sejumlah barang kemas Korea di sebuah gerai yang tidak beroperasi di dalam sebuah pasar raya di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Polis memburu dua wanita dipercayai mencuri sejumlah barang kemas Korea di sebuah gerai yang tidak beroperasi di dalam sebuah pasar raya di Bertam dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang peniaga lelaki berusia 39 tahun yang mendakwa barangan jualannya dicuri.

Menurut beliau, mangsa menyedari kejadian itu kira-kira pukul 5 petang selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di rumahnya di Kulim, Kedah.

“Suspek didakwa telah menyelak kain biru yang menutupi kotak pameran dan mengambil barang-barang kemas Korea.

“Rakaman CCTV memaparkan dua suspek yang memakai pelitup muka beberapa kali mundar-mandir di kawasan kedai mangsa sebelum mencuri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati gerai berkenaan ditutup sejak awal bulan ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala barang jualan tersebut ditinggalkan di kedai dan hanya ditutup dengan kain biru.

Ekoran kejadian itu jelasnya, mangsa mendakwa kerugian kira-kira RM2,000 selepas satu kotak cincin dan rantai tangan emas Korea dilarikan suspek.

“Polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek yang telah dikenal pasti itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya