Polis beri amaran jangan sebar berita palsu pergolakan politik Terengganu

Polis beri amaran jangan sebar berita palsu pergolakan politik Terengganu

ROHAIMI MD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menularkan berita palsu mengenai pergolakan politik di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, keadaan ketika ini tenang dan tiada sebarang situasi genting sebagaimana yang tular dalam media sosial sejak semalam.

“Saya ingin menasihatkan rakyat Terengganu sama ada di luar atau dalam negeri yang berminat dengan isu politik semasa agar jangan mewar-warkan atau menularkan perkara yang tidak sahih.

“Terengganu tenang dan tidak ada keadaan seperti yang diviralkan di media sosial,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha politik kepada Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita berhubung laporan yang didakwa memfitnah Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sehubungan itu, Rohaimi menegaskan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penyebaran berita-berita palsu yang mengganggu ketenteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya