Pogba berdepan hukuman selepas dilihat peluk ibu

Pogba berdepan hukuman selepas peluk ibu

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Pemain tengah Pe­rancis, Paul Pogba mungkin berdepan tindakan tatatertib selepas didapati melanggar protokol Covid-19 selepas kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Jerman dalam saingan Euro, kelmarin.

Bintang Manchester United itu dilihat memeluk ibunya selepas perlawanan, sekali gus berpotensi dijangkiti virus tersebut.

Pengulas sukan terkenal, Ri­chard Keys berkata, perkara yang dilakukan Pogba pernah berlaku semasa di Qatar sehingga mencetuskan jangkitan Co­vid-19.

“Ia mungkin satu perkara yang bagus (memeluk ibu), namun kesalahan di sini, pemain kini berada di dalam gelembung sukan.

“Dan ini berlaku di Qatar baru-baru ini dalam sebuah kejohanan di mana pemain meninggalkan padang, naik ke barisan penonton. Selepas itu, dua kes Covid-19 dikesan,” kata Keys ketika mengulas insiden itu di beIN Sports.

Bagaimanapun, seorang lagi pengulas, Andy Gray, yang juga bekas pemain bola sepak berkata, tindakan Pogba itu perlu ditegur agar perkara seperti itu tidak berulang.

“Dia setidaknya akan mendapat teguran atas tindakannya. Dia harus menerimanya. Dia menganggap bahawa semua orang baik-baik saja. Dia mungkin akan ditegur supaya tidak melakukannya sekali lagi,” kata Gray. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya