PM dijangka umum berita gembira mengenai harga minyak masak  - Utusan Malaysia

 PM dijangka umum berita gembira mengenai harga minyak masak 

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan berita gembira dalam masa terdekat khususnya berkaitan harga minyak masak tidak bersubsidi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, beliau akui isu harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran meresahkan rakyat.

“Petang tadi, saya mengadakan sidang video bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Agenda mesyuarat berkenaan ialah berkaitan syor kementerian dalam usaha menstabilkan harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran yang menjadi keresahan rakyat. 

“Sehubungan itu, Perdana Menteri dijangka mengumumkan ‘berita gembira’ kepada rakyat dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, pada mesyuarat sama, turut dibincangkan adalah lima program khas Kementerian Perusahaaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi membantu rakyat di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya