Purata kenderaan kurang 80 peratus - Utusan Malaysia

Purata kenderaan kurang 80 peratus

HAMZAH Zainudin (kanan) bertanyakan sesuatu kepada pemandu ketika mengadakan lawatan di SJR Plaza Tol Bukit Jelutong, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Purata pergerakan kenderaan berkurangan sehingga 80 peratus susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bermula hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, purata pengurangan kenderaan adalah 70 hingga 80 peratus dan laporan yang diterima itu menunjukkan kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin baik.

“Maklumat tersebut diperoleh hasil laporan daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dan diharapkan berterusan dalam melandaikan lengkuk Covid-19.

“Namun, yang menjadi masalah apabila terdapat beberapa selebriti atau orang terkenal mengeluarkan cakap bukan-bukan berhubung jalan raya sesak apabila PKP dilaksanakan hari ini.

“Kesesakan yang berlaku di sekatan jalan raya (SJR) adalah bagi memastikan pengguna jalan raya semua mengikut kaedah yang diluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di SJR Plaza Tol Bukit Jelutong disini.

Mengulas lanjut mengenai kesukaran mendapatkan permit, Hamzah berkata, kelonggaran akan diberikan pada hari pertama dan kedua PKP susulan kesulitan tersebut.

“Walaupun ada kekecohan sedikit berhubung kelulusan pergerakan mereka namun ia tidak memberikan sesuatu yang amat menyulitkan kerana polis memahami dan mengambil maklum akan kesalahan itu.

“Hari pertama dan kedua mungkin akan ada kelonggaran asalkan pengguna memaklumkan kepada kita akan kesulitan mendapatkan permit itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya