PKP dorong pelukis hasilkan mural rumah kampung - Utusan Malaysia

PKP dorong pelukis hasilkan mural rumah kampung

MOHD. Rozamil Mohd. Yatim menyiapkan lukisan mural rumah kampung bagi mengisi masa terluang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bengkel miliknya di Chendering, di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penutupan perniagaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mendorong seorang pelukis menghasilkan mural rumah kampung di bengkel miliknya di Chendering, di sini.

Mohd. Rozamil Mohd. Yatim, 36, berkata, dengan modal serendah RM85 dia berjaya menyiapkan lukisan berkenaan dalam tempoh cuma seminggu sejak dimulakan Rabu lalu.

Katanya, aktiviti sekadar suka-suka bagi mengisi masa terluang itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai selepas perkongsiannya di laman sosial tular hingga turut menerima tempahan.

“Idea untuk melukis mural ini tercetus tiba-tiba memandangkan saya tiada apa-apa aktiviti di rumah kerana bengkel ‘air brush’ ditutup.

“Lukisan mural rumah kayu dengan elemen haiwan ternakan seperti ayam, itik dan burung selain pokok kelapa secara tidak langsung dapat mengimbau nostalgia zaman kecil semasa di kampung,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

Mohd. Rozamil yang mengusahakan bengkel itu sejak 2005 berkata, bayaran bagi penghasilan mural berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM5,000 jika dia mengupah pelukis.

Katanya, harga pasaran bagi penghasilan mural ialah antara RM15 hingga RM18 untuk setiap kaki persegi bagi mana-mana pihak yang mahu mendapatkan khidmatnya.

“Dari segi ketahanan sama sahaja seperti cat rumah cuma untuk mural saya menggunakan teknik lakaran dan lukisan dengan menggunakan warna asas iaitu hitam, putih, merah, coklat serta hijau.

“Selain itu, saya juga menerima tempahan lakaran pada topi keledar, bahagian motosikal, gitar dan banyak lagi dengan kenangan paling manis pada 2019 apabila menerima tempahan topi keledar yang dipakai Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk kejohanan kuda lasak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya