PH tolak penubuhan Mageran - Utusan Malaysia

PH tolak penubuhan Mageran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem demokrasi yang berfungsi dengan baik adalah cara terbaik dalam menguruskan negara yang kini masih berdepan krisis pandemik Covid-19.

Untuk itu Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Dalam satu kenyataan, PH menegaskan, penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi serta politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen.

“Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, PH menolak cadangan Mageran ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin utama PH iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Terdahulu, Dr. Mahathir mencadangkan penubuhan sebuah badan seperti Mageran ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Langkawi itu mencadangkan penubuhan itu kerana Mageran yang ditubuhkan dulu dan diketuai Perdana Menteri ketiga, Tun Abdul Razak Hussein berjaya menangani masalah politik pada masa itu.

Mageran ditubuhkan pada 15 Mei 1969 iaitu dua hari selepas pengisytiharan darurat dan Tun Razak dilantik sebagai pengarah dan diberikan kuasa eksekutif penuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya