PGK, inisiatif terbaik atasi masalah kekurangan guru - Utusan Malaysia

PGK, inisiatif terbaik atasi masalah kekurangan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Pengambilan Guru Khas (PGK) yang melibatkan seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 adalah inisiatif terbaik menyelesaikan permasalahan kekurangan guru terutama di kawasan pedalaman.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPSM), Mohd. Alif Anas Md. Noor berkata, sektor pendidikan mengalami masalah kekurangan guru sejak bertahun-tahun khususnya di kawasan tersebut.

“Program ini juga mampu memberi peluang kepada graduan bukan ikhtisas pendidikan untuk menjadi guru dengan menilai latar belakang pendidikan calon guru tersebut menerusi pengambilan secara “one off”,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Alif Anas,, GPMS menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP) untuk merangka mekanisme dalam penilaian pengambilan guru-guru baharu bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru dalam beberapa subjek kritikal.

“Secara tidak langsung, hal ini juga adalah serampang dua mata kepada masalah penempatan graduan Institut Pendidikan Guru (IPG),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya