Permohonan lucut hak harta keluarga Abdul Azeez 8 Oktober - Utusan Malaysia

Permohonan lucut hak harta keluarga Abdul Azeez 8 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 Oktober ini bagi mendengar permohonan kerajaan untuk melucut hak harta bernilai hampir RM16 juta termasuk satu lot kedai milik keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Permohonan yang sepatutnya didengar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini ditangguhkan ekoran lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam Datuk Prem Ramachandran yang mewakili keluarga tersebut untuk memfailkan afidavit tambahan oleh Abdul Azeez dalam tempoh sebulan dan pihak pemohon
untuk membalasnya.

Perkara itu ditetapkan pada sesi pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Hakim Muhammad Jamil.

Prosiding itu turut disertai Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad dan Nik Haslinie Hashim mewakili pihak kerajaan selaku pemohon.

Selain itu, peguam Freddy Choy hadir mewakili Maybank Islamic Berhad selaku pihak berkepentingan yang menuntut item keenam pada senarai warta kerajaan iaitu sebuah lot kedai yang terletak di Bandar Sunway, dekat sini.

Responden-responden adalah isteri Abdul Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd. Noor serta empat anak mereka dan Azeera Management Consultants (M) Sdn. Bhd.

Keempat-empatnya ialah Mohamed Khairul Anwar, Mohamed Khairul Azman, Khaleeda Azwa dan Khaleeda Azeera.

Berdasarkan senarai kausa dalam laman sesawang e-pemfailan, kerajaan telah memulakan prosiding untuk melucut hak wang itu daripada akaun peribadi TH milik isteri Abdul Azeez dan empat anak mereka dan satu unit pejabat milik Azeera Management Consultants.

Permohonan melucut hak itu difailkan pihak pendakwaan terhadap ahli keluarga Abdul Azeez pada September dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya