MUNICH: Ruben Dias menggesa rakan sepasukannya di Portugal untuk menewaskan Jerman dalam saingan Euro 2020 bagi mengesahkan tempat ke saingan kalah mati.
Juara bertahan Portugal, hampir ke saingan kalah mati selepas Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika membantu pasukan itu menang 3-0 ke atas Hungary di Budapest.
Kemenangan pertama dalam tempoh 20 tahun di Munich akan meletakkan Portugal ke saingan kalah mati tetapi Dias berharap pasukannya bersedia untuk saingan di Allianz Arena.
“Kami harus bersedia dan perlu beraksi jauh lebih baik berbanding Jerman dan menjadi lebih baik berbanding ketika bertemu Hungary.
“Ia perlu menjadi perlawanan yang berbeza,” katanya.
Portugal sebelum ini tewas dalam semua empat perlawanan terakhir menentang Jerman sejak kali terakhir menang 3-0 di peringkat kumpulan Euro 2000.-AFP