Perkhidmatan ERL digantung sementara bermula esok

Perkhidmatan ERL digantung sementara bermula esok

PERKHIDMATAN rel KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang menghubungkan KLIA dan klia2 dengan Lembah Klang akan digantung buat sementara waktu bermula esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi perkhidmatan rel KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dengan Lembah Klang akan digantung buat sementara waktu bermula esok sehingga diberitahu kelak.

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam kenyataan memaklumkan penggantungan sementara perkhidmatan rel dibuat susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau total lockdown.

Kata kenyataan itu lagi, keputusan berkenaan susulan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat selain mengambil kira arahan terkini kerajaan berhubung langkah bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan lebih ketat bermula kelmarin.

“Justeru itu, ERL menasihati orang ramai yang mahu melakukan perjalanan dan bergerak untuk hal mustahak ketika tempoh ini supaya mengatur pilihan pengangkutan mereka.

“Kami memohon maaf atas kesulitan terhadap rancangan perjalanan dan keperluan pergerakan anda. Sila atur pengangkutan alternatif ke destinasi anda dalam tempoh sekarang ini,” katanya.

Maklumat berhubung opsyen pengangkutan dari setiap stesen ERL dan kemas kini perkhidmatan boleh didapati di www.KLIAekspres.com, Facebook serta Twitter KLIA Ekspres, dan bagi mereka yang memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6 petang). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya