Perikatan Nasional Negeri Sembilan mula wujud 'war room' PRU-15 - Utusan Malaysia

Perikatan Nasional Negeri Sembilan mula wujud ‘war room’ PRU-15

EDDIN Syazlee Shith (tengah) mengaminkan doa pada majlis pelepasan Jelajah Prihatin Bersatu Negeri Sembilan di Pejabat Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan di Seremban. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan telah mula menyediakan bilik gerakan pilihan raya atau ‘war room’ sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, walaupun tumpuan ketika ini adalah membantu rakyat yang terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19, persiapan untuk PRU-15 juga dilaksanakan.

“Kami sedang buat persiapan termasuklah menubuhkan jentera pilihan raya dan juga menyiapkan ‘war room’ di setiap bahagian-bahagian di bawah PN.

“Ia permulaan, sudah ada gerakan untuk memperkemaskan jentera pilihan raya, insya-Allah dalam apa juga keadaan pun saya rasa PN akan buat persediaan secukupnya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan Jelajah Prihatin Bersatu Negeri Sembilan di Pejabat Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas perkembangan terkini PN Negeri Sembilan, Eddin Syazlee memberitahu, tempoh yang ada ketika ini telah diguna untuk memperkemaskan hubungan dan kerjasama di antara parti yang berada di bawah PN.

“Saya lihat hubungan itu semakin hari semakin baik dan tidak nampak sebarang masalah. Saya lihat juga semua wakil rakyat yang berada di bawah kerajaan PN dari peringkat Persekutuan dan negeri juga dalam hubungan yang baik.

“Banyak faedah-faedah diturunkan oleh kerajaan PN yang digunakan oleh wakil rakyat sama ada dalam PN ataupun tidak. Saya tidak nampak masalah dalam hubungan itu, jika ada masalah, individu-individu ini tidak akan terima bantuan daripada PN, hakikat mereka menerima dan menggunakan kelebihan dan faedah itu, ia menunjukkan mereka terikat dengan PN,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya