Percepat kelulusan vaksin lain untuk tujuan kecemasan

Percepat kelulusan vaksin lain

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mempercepatkan kelulusan bersyarat bagi beberapa vaksin lain seperti Sputnik V, Sinopharm, Moderna dan Johnson & Johnson untuk tujuan kecemasan ketika ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kebanyakan vaksin tersebut telah mendapat kelulusan agensi kawal selia antarabangsa dan telah melalui pelbagai skrutini klinikal yang sangat rumit dan komprehensif. 

“Kita tidak boleh terlalu optimistik bahawa bekalan vaksin kita akan mencukupi kerana kita sangat bergantung kepada bekalan luar. 

“Malah kepelbagaian kelulusan vaksin adalah sangat strategik kepada negara. Ia memastikan kita mempunyai akses kepada pelbagai vaksin lain dalam waktu yang memerlukan.

“Ketelitian kita dalam memberikan kelulusan mesti seiring dengan kesegeraan yang amat diperlukan oleh negara dalam saat kritikal ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, kerajaan juga wajar mempercepatkan proses vaksinasi nasional kerana dengan kemunculan varian baru mungkin Malaysia akan memerlukan dos ketiga bagi merangsang imuniti. 

“Perancangan kesihatan awam kita mesti mengambil kira pendekatan jangka masa panjang. Kita tidak boleh terus dengan strategi ‘fire fighting’.

“Banyak negara lain telah menempah bekalan bagi tempoh empat tahun akan datang dalam memastikan mereka mempunyai simpanan vaksin mencukupi kerana tiada siapa boleh meramalkan bilakah pandemik ini akan berakhir dengan sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya