Peratus calon layak sijil SPM 2020 meningkat - Utusan Malaysia

Peratus calon layak sijil SPM 2020 meningkat

PERJALANAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Bandar Sunway. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peratusan calon yang layak menerima sijil bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 meningkat sebanyak 1.96 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, peratusan calon layak sijil SPM tahun ini adalah 88.68 peratus manakala pada tahun 2019 adalah 88.72 peratus.

Katanya, prestasi lima mata pelajaran SPM 2020 meningkat iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Moral manakala dua subjek menurun iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN