Perancis, Portugal lulus ke peringkat kalah mati - Utusan Malaysia

Perancis, Portugal lulus ke peringkat kalah mati

DARI kiri, Paul Pogba, Didier Deschamps, Karim Benzema, Hugo Lloris dan Bruno Fernandes selepas tamat aksi melibatkan Perancis dengan Portugal dalam saingan akhir Kumpulan F Euro 2020 di Stadium Puskas, Budapest, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Perancis dan Portugal mara ke peringkat kalah mati biarpun masing-masing terikat 2-2 dalam aksi terakhir Kumpulan F Euro 2020 di Stadium Puskas, Budapest, sebentar tadi.

Dalam aksi penuh debaran itu, juara bertahan terlebih dahulu membuka jaringan selepas bintang mereka, Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30.

Bagaimanapun skuad Les Blues menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama selepas pengadil mengesahkan jaringan penyerang Real Madrid, Karim Benzema tidak melakukan kesalahan ofsaid.

Tujuh minit selepas waktu rehat, pengadil menghadiahkan penalti kepada Perancis selepas Kylian Mbappe dijatuhkan, dengan Benzema memanfaatkan sepakan itu untuk meletakkan juara dunia tersebut di depan.

Begitupun 13 minit berselang, skuad bimbingan Fernando Santos mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti bintang Juventus, Ronaldo, sekali gus muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 109 gol.

Skuad bimbingan Didier Deschamps, Perancis selaku juara kumpulan maut bakal berdepan Switzerland dalam peringkat 16 terakhir di Arena Nationala, Bucharest, Romania pada Isnin depan.

Portugal pula, tetap layak ke peringkat kalah mati biarpun berada tangga ketiga Kumpulan F selepas menghuni tangga teratas dalam kedudukan pasukan di tempat ketiga.

Skuad A Selecao bakal menempah pertemuan dengan Belgium di Stadium La Cartuja, Seville, Sepanyol, Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya