Perak tambah RM6.2j pakej rangsangan ekonomi - Utusan Malaysia

Perak tambah RM6.2j pakej rangsangan ekonomi

SAARANI Mohamad semasa sidang akhbar secara maya di Ipoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri mengumumkan penambahan inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM6.2 juta.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pertambahan itu setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan keluh kesah rakyat.

Menurut Saarani, persetujuan meluaskan pelaksanaan PRE Perak Sejahtera 2021 memberi tumpuan kepada lebih ramai golongan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun lalu.

“Langkah-langkah baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan PRE Perak Sejahtera yang sebelum ini bernilai RM19.5 juta kini meningkat menjadi RM25.7 juta.

“PRE Perak Sejahtera juga melibatkan 44 inisiatif dan bantuan kepada segenap lapisan rakyat Perak yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini.

Saarani berkata, antara inisiatif tambahan yang akan dilaksanakan ialah moratorium bayaran balik pinjaman mikro kredit usahawan di bawah Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Yayasan Perak selama satu bulan bermula Jun 2021 yang memanfaatkan 743 usahawan melibatkan tunggakan bayaran sebanyak RM244,450.

Katanya, kerajaan negeri bersetuju supaya moratorium pinjaman Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA), diperluaskan kepada semua peminjam iaitu seramai 769 berbanding 443 peminjam yang diumumkan sebelum ini.

Menurutnya, selain itu, pelaksanaan inisiatif Go Cashless n E-Commerce Usahawan Perak 2021 (GLeMMER 2021) juga diperkenalkan dalam menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai oleh penjaja, peniaga dan usahawan yang beroperasi ketika pelaksanaan PKP.

“Melalui GLeMMER 2021, kerajaan negeri akan memberi baucar subsidi bagi pembelian dan penghantaran bernilai RM2 hingga RM5 yang akan memberi manfaat kepada 80,000 peniaga, penjaja dan usahawan.

“Program ini mendapat kerjasama daripada sembilan syarikat platform atas talian dan penghantaran iaitu Shopee, Lazada, Grab, Foodpanda, Warongku, Halo Je, J & T, Touch n Go dan Boost,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri turut memperluaskan insentif kepada penggiat pelancongan yang diumumkan sebelum ini melalui pemberian one off kepada pengusaha hotel bajet negeri Perak yang berdaftar di bawah Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Perak (MyBHA Perak) serta pengusaha hotel dan resort Pangkor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya