Penternak lembu jumpa mayat berselubung dalam kebun kelapa sawit - Utusan Malaysia

Penternak lembu jumpa mayat berselubung dalam kebun kelapa sawit

SALEH Lesut menunjukkan lokasi penemuan mayat seorang lelaki di dalam kebun kelapa sawit, Jalan Pilin-Panchang, dekat Kampung Pelebar Dalam, Rembau petang tadi. Gambar kanan mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Rutin menghalau lembu seorang penternak warga emas dikejutkan dengan penemuan mayat berselubung kain di kebun kelapa sawit di Jalan Pilin-Panchang, di Kampung Pelebar Dalam, dekat sini, petang tadi.

Saleh Lesut, 78, melalui kawasan kebun berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang dan melihat sebidang tikar dan di atasnya terdapat objek berselubung kain.

Menurutnya, dia menghampiri objek berkenaan dan menyelak kain tersebut lalu terlihat mayat seorang lelaki. 

“Saya segera pulang ke rumah dan meminta anak menghubungi polis. Ini adalah kali pertama kes mayat ditemukan di kebun sawit di kampung ini sejak saya duduki perkampungan ini pada tahun 1971.

“Tiada sebarang darah atau bau pada mayat berkenaan. Wajahnya pun saya tak kenal, mungkin bukan penduduk di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan buat masa ini disiasat sebagai mati mengejut.

Menurutnya, identiti mayat itu belum dapat disahkan, namun disyaki mangsa adalah warganegara Indonesia.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah di lokasi kejadian, bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya