Pensyarah buat laporan polis terhadap Safiey Illias - Utusan Malaysia

Pensyarah buat laporan polis terhadap Safiey Illias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara mengadakan sesi Instagram live bersama kanak-kanak bawah umur, pensyarah, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias.

Menerusi entri Facebook Rafidah, dia tampil membuat laporan tersebut berikutan tindakan usahawan terbabit mengadakan sesi Instagram live bersama kanak-kanak tersebut sekitar jam dua pagi, Rabu lepas.

Selanjutnya, laporan yang dibuat itu berdasarkan tiga kesalahan yang termaktub di bawah undang-undang dan akta di Malaysia.

“Laporan polis dibuat ke atas pengguna Instagram @SafieyIllias94 yang menjadi hos live berkenaan melibatkan dua kanak-kanak bawah umur. Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang instafamous ini. Ibu bapa, kejadian ini berlaku jam 1:50 pagi.

“Anak-anak tidak sepatutnya menggunakan telefon bimbit waktu sebegini dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam Instagram live ini,” tegasnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menyokong tindakan tersebut agar usahawan-usahawan yang terlibat dalam live berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya