Penjenayah serang polis dengan parang maut ditembak - Utusan Malaysia

Penjenayah serang polis dengan parang maut ditembak

KAMARUL RIZAL JENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang penjenayah yang bersenjatakan parang maut ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dalam kejadian di kawasan kebun Air Terjun, Bayan Lepas, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, suspek warga tempatan yang merupakan orang dikehendaki polis berkenaan dikesan berada di lokasi kejadian sebelum dua anggota polis cuba menahannya.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal, sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota polis, suspek bertindak agresif dengan menyerang menggunakan sebilah parang menyebabkan seorang anggota polis cedera di bahagian tangan.

Ekoran itu tambahnya, seorang lagi anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri dan memastikan keselamatan rakan setugas.

“Suspek kemudiannya terus rebah dan pihak ambulans dihubungi.

“Namun, pemeriksaan oleh pegawai kesihatan mengesahkan suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, siasatan lanjut mendapati selain merupakan individu yang diburu polis berkaitan kes curi, suspek sebelum ini juga memiliki tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan 15 rekod kes dadah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya